MEMBEKAL & MEMASANG KARPET MASJID SURAU UTARA & SELURUH MALAYSIA whatsapp/call 01 11 12 13 915 (Encik Hafiz)
Thursday, 2 November 2017
Cara Berkesan Membersihkan Karpet
1) Pertama sekali bila membeli permaidani, pastikan anda anginkannya terlebih dahulu. Permaidani atau karpet yang baru dibeli selalunya memiliki bau yang kurang menyenangkan. Malah kadangkala ada juga habuk yang melekat ke atasnya. Jadi anginkan dan ketuk-ketuk sedikit permaidani itu sebelum membawa ia masuk ke dalam rumah.
2) Elak meletakkan permaidani di kawasan yang setiap hari terkena sinaran cahaya matahari. Contohnya berhampiran tingkap yang sentiasa dibiarkan terbuka. Cahaya matahari akan memudarkan warna permaidani dengan cepat dan membuatkan permaidani tersebut tidak kelihatan berseri lagi.
3) Jika lantai rumah anda dialas dengan permaidani, pastinya akan memiliki vacum cleaner atau pembersih hampagas untuk memudahkan anda melakukan kerja-kerja pembersihan. Seeloknya bersihkan permaidani sekurang-kurangnya sebulan sekali. Tetapi jika anda ada anak kecil ataupun kawasan rumah anda mudah berhabuk, bersihlah permaidani tersebut dengan lebih kerap.
4) Sekarang ini ada juga dijual pembersih jenis semburan yang boleh digunakan untuk membersihkan dan mewangikan permaidani. Pilih pembersih yang sesuai yang tidak akan merosakkan permaidani anda dan tidak akan meninggalkan kesan semburan.
5) Sekiranya permaidani di rumah anda sudah terlalu kotor, eloklah di hantar sahaja ke kedai cuci karpet berhampiran. Bila tumpah makanan/air,anak muntah dan terkena najis ataupun 2bulan sekali pun anda boleh hantarkan permaidani ke kedai cuci karpet untuk dibersihkan dengan lebih teliti dan menggunakan air serta sabun yang sesuai.
Semoga tips membersihkan permaidani ini akan membantu anda untuk membersihkan karpet atau permaidani rumah anda.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment