Rumput tiruan lebih dikenali sebagai rumput sintetik (synthetic grass) merupakan satu produk berasaskan bahan fiber sintetik untuk dijadikan rumput bagi pelbagai kegunaan terutamanya dalam kegunaan untuk padang sukan.
Rumput sintetik ini juga dipanggil sebagai rumput tiruan (artificial grass), rumput plastik (plastic grass) atau rumput turf sintetik (synthetic turf grass).
KELEBIHAN?
-Jimat masa dan wang ringgit
-Tak perlu siram
-Tahan lasak
-Kekal cantik
-Tahan lama
-Tak perlu baja
-Rumput liar tak tumbuh
RUMPUT KARPET
Cara Menanam Rumput Karpet
- Sebelum menanam rumput anda perlu sediakan beberapa peralatan yang sesuai untuk menanam rumput seperti cangkul, pongkes dan perkakas lain.
- Bila semua peralatan telah disediakan, anda perlu membuang rumput lama serta saki baki bahan binaan yang biasanya dibuang oleh pekerja kontraktor binaan. Paling penting, akar rumput lama perlu dibuang habis bagi mengelakkan rumput lama dan pokok liar tumbuh kembali.
- Setelah siap, anda ratakan tanah serata-ratanya dan letakkan pasir halus bagi menutup lapisan tanah tadi. Fungsi pasir adalah untuk meratakan semula permukaan tanah dan ia juga bagus untuk akar baru.Seeloknya anda menyembur sedikit racun rumpai yang dicampur sedikit serbuk racun benih cambah bagi menghalang rumput lama atau pokok liar tumbuh kembali.
- Seterusnya letakkan kepingan rumput yang hendak ditanam mengikut saiz yang bersesuian. Jika anda mempunyai bajet lebih, boleh membeli kepingan rumput yang lebih besar. Namun begitu, bagi anda yang kekurangan bajet, anda boleh potong kecil rumput tadi dan tanam dalam jarak tiga kaki setiap rumput ditanam.
- Setelah selesai, taburkan baja dan siram air secukupnya. Rumput perlu dibaja bagi kelihatan segar dan hijau. Siram rumput baru itu dua kali sehari.
Jenis-Jenis Rumput Karpet
- Rumput Karpet Taiwan
- Rumput Karpet Jepun
- Rumput Karpet Philippines
Rumput karpet jenis ini adalah yang paling popular. Strukturnya
tidaklah sesebaik rumput karpet jepun, tetapi masih sesuai untuk ditanam
di halaman rumah anda. Lebih mudah dijaga, dan yang paling penting ia
lebih murah! Harganya juga lebih murah berbanding rumput karpet Jepun
KREDIT:www.wom.my
MEMBEKAL & MEMASANG KARPET
MASJID SURAU
UTARA & SELURUH MALAYSIA
whatsapp/call 01 11 12 13 915 (Encik Hafiz)
No comments:
Post a Comment