Thursday, 8 March 2018

KEDAH DARUL AMAN NEGERIKU




Gambar 1 : Bendera Negeri Kedah Darul Aman.



Bendera negeri kedah memaparkan bulan sabit berwarna hijau di bawah perisai kuning dan dilingkungi oleh jambagan padi berwarna kuning di atad latar belakang merah. Merah adalah warna tradisional negeri sebagai pelindung kemewahan sementara. Manakala bulan sabit adalah simbol bagi agama islam. Perisai melambangkan Sultan negeri sebagai pelindung dan penjaga rakyatnya.




Gambar 2 : Lambang Negeri Kedah Darul Aman.
SEJARAH NEGERI KEDAH.
Ramai sejarawan yang menggangap Kedah sebagai negeri yang tertua sekali di Tanah Melayu. Pendapat dan pandangan ini berdasarkan penemuan arkeologi yang terdapat di kawasan-kawasan yang terdapat di Negeri Kedah. Penemuan ini membuktikan adanya penempatan-penempatan secara teratur semenjak kurun ke-4 lagi. Daripada penemuan-penemuan arkeologi ini, pernah dijumpai bukti yang menunjukkan bahawa kawasan Utara Semenanjung telah didiami manusia purba semenjak zaman "Pleistosen" lagi. Di antara alat-alat yang dijumpai termasuklah bahan bercucuk tanam. Daripada kajian yang dibuat didapati bahawa penduduk-penduduk kawasan tersebut pada ketika itu terdiri daripada golongan orang-orang Melayu-Proto. Mereka hidup dengan menjalankan kerja-kerja bertani di kawasan pendalaman rendah terutamanya di tepi-tepi sungai. Penduduk awal mula menunjukkan kemajuan apabila mereka menggunakan alat-alat yang dibuat daripada logam.


ASAL USUL NAMA KEDAH.

Bagi sejarah Kedah terdapat 2 lagi bahan rujukan yang terkenal iaitu Hikayat Merong Mahawangsa yang ditulis selepas tahun 1643 dan Al-Tarikh Salasilah Negeri Kedah dalam tahun 1927. Maklumat mengenai sejarah awal kedah boleh diperoleh daripada unsur-unsur Arab, Parsi, Sanskrit dan China.

Unsur-unsur Arab dan Parsi banyak memperkatakan mengenai Kedah yang disebut sebagai "Kilah" (Ibnu Khurdadhbih, 846) atau "Kalah" (Ibnu Muhalhal, 941) atau "Qalha". "Qalha " ini dikatakan mempunyai 4 buah daerah iaitu Kuala Qilah (dikenali sebagai Kuala Sungai Merbok sekarang), Kuala Bahang (Kuala Kedah), Kuala Merpah di Pualu Panjang dekat Setoi dan Kuala Bara (sebuah Kuala Sungai di kawasan Setoi). Terdapat juga rujukan mengenai Kedah dalam tulisan Sanskrit yang menyebut Kedah Sebagai "Kataha atau "Kadara". Manakala dalam tulisan Tamil pula Kedah Disebut sebagai "Kadaram" atau "Kalagam". "Kadaranm" bermakna kuali besar dan "Kalagam" pula bermaksud warna hitam.

Menurut Wilkinson, nama kedah berasal dari perkataan Arab iaitu "Keddha" yang bermaksud perangkap gajah. Ada pula yang berpendapat bahawa nama Kedah berasal dari perkataan Arab iaitu "Kedah" yang membawa maksud gelas berkaki hal ini kerana suatu ketika dahulu terdapat ramai perdagang Arab yang menjual gelas berkaki disana sini. Mereka sering meneriakkan perkataan "Kedah" untuk menarik perhatian para perdagang-perdagang China dan Kronikel pelayaran mereka.

Dari unsur China pula iaitu ketika Dinasti Liang (502M-665M), Kedah disebut sebagai "Langgasu" atau "Langa" (Langkasuka). Dari penulisan I-Ching (kurun ke-7) Kedah kerap kali disebut sebagai "Chiah-Chin", "Kie-Ta'a" atau "Kieteha". Penulis san sejarawan Winstedt menganggap Langkasuka, yang disebut juga dalam Hikayat Merong Mahawangsa sebagai nama Kedah dalam bentuk penulisan sastera. Daripada Kronikel China zaman Dinasti Tang (618M-916M) Kedah disebut sebagai "Kora" atau "Kola".

Penulisan The Study of Ancient The Malay Peninsula dan Straids Malacca. Ronland Braddell menyatakan Kedah pernah disebut sebagai "Gedda". Nama itu dikaitkan dengan perkataan Hindustan iaitu "Khadar" yang bermaksud tanah yang sesuai untuk tanaman padi. "Kidara" dalam bahasa Sanskrit juga mempunyai maksud yang sama. Akhir sekali, Kedah juga dikenali sebagai "Kala" dalam bahasa Parsi yang bermaksud kota.
 
 MEMBEKAL & MEMASANG KARPET
MASJID SURAU

UTARA & SELURUH MALAYSIA
whatsapp/call 01 11 12 13 915 (Encik Hafiz)
 

No comments:

Post a Comment