Sunday, 13 May 2018

JUARACUCI.COM

KAMI INGIN MEMABNTU PENGGUNA KARPET JA

KEDAI JUAL KARPET LEBIH 10 KEDAI AREA SG PETANI

SEMOGA BISNES INI TERUS MAJU JAYA

MEMBEKAL & MEMASANG KARPET
MASJID SURAU

UTARA & SELURUH MALAYSIA
whatsapp/call 01 11 12 13 915 (Encik Hafiz)

Wednesday, 28 March 2018

WESTERN FOOD PALING SEDAP DAN MURAH DI SUNGAI PETANI

Antara-antara restaurant western food MELELEH AYAQ LIUQ di Sungai Petani

1. Big Mouth Republic  ( Rate *****)

     Address: C-123, Lorong 10, Taman Sejati Indah, 
                      08000 Sungai Petani, Kedah, Malaysia
     Phone+60 12-437 9003

 

2. NOAH KITCHEN  ( Rate *****)

     Address: B-3, Jalan Damai 1, Taman Bedong (Waze : Noah Kitchen Bedong)
     Phone+60 11 36209039

 

 

Monday, 19 March 2018

PASAR MALAM SUNGAI PETANI KEDAH

 MEMBEKAL & MEMASANG KARPET
MASJID SURAU

UTARA & SELURUH MALAYSIA
whatsapp/call 01 11 12 13 915 (Encik Hafiz)

 

 

 

PASAR MALAM
SENARAI TAPAK PENJAJA/TAPAK PASAR MALAM MAJLIS PERBANDARAN SUNGAI PETANI KEDAH DARUL AMAN

BIL. NAMA PASAR/TAPAK LOKASI/KAWASAN KEDUDUKAN TAPAK MASA OPERASI HARI OPERASI
1 Pasar Malam Padang Lembu Dalam Kawasan Pasar Padang Lembu 6.00 pm - 12.00 am Ahad
2 Pasar Malam Taman Lembah Atas jalan raya depan bangunan kedai fasa 3 6.00 pm - 12.00 am Ahad
3 Pasar Malam Bandar Laguna Atas jalan raya sebelahan bangunan kedai 6.00 pm - 12.00 am Ahad
4 Pasar Malam Bandar Puteri Jaya kawasan lapang bandar puteri jaya 6.00 pm - 12.00 am Ahad
5 Pasar Malam Taman Keladi Sepanjang Tepi Jalan Utama 6.00 pm - 12.00 am Ahad
6 Pasar Malam Pekan Bedong Dalam Kawasan Pekan Bedong 6.00 pm - 12.00 am Ahad
7 Pasar Malam Bukit Selambau Pekan Bukit Selambau 6.00 pm - 12.00 am Ahad
8 Pasar Malam Sungai Petani Belakang Kedai Majlis Jalan Petri 7.30 am - 1.00 pm Ahad
9 Pasar Malam Taman Arked Atas Jalan Raya (Laluan Kawasan Industri) 6.00 pm - 12.00 am Ahad
10 Pasar Malam Pekan Kota Kuala Kawasan Pekan (Arked Majlis) 7.30 am - 12.00 pm Isnin
11 Pasar Malam Gurun Gurun 6.00 pm - 12.00 am Isnin
12 Pasar Malam Taman Sri Wang Kawasan Lapang 6.00 pm - 12.00 am Isnin
13 Pasar Malam Taman Gurun Jaya Atas Jalan Depan Kedai Gurun Jaya 6.00 pm - 12.00 am Isnin
14 Pasar Malam Jalan Petri 08000 Sungai Petani Belakang Kedai Majlis Jalan Petri 7.30 am - 1.00 pm Isnin
15 Pasar Malam Taman Sri Tanjung Kawasan Pasar Taman Sri Tanjung 6.00 pm - 12.00 am Isnin
16 Pasar Malam Bandar Aman Jaya Atas Jalan Depan Bangunan Kedai 6.00 pm - 12.00 am Isnin
17 Pasar Malam Taman Bandar Baru Sungai Lalang Tepi Jalan ke Bandar Baru Sungai Lalang 6.00 pm - 12.00 am Isnin
18 Pasar Malam Jeniang Pekan Jeniang 6.00 pm - 12.00 am Isnin
19 Pasar Malam Bedong Dalam Kawasan Pekan Bedong 6.00 pm - 12.00 am Selasa
20 Pasar Malam Taman Delima Atas Jalan Depan Kedai 6.00 pm - 12.00 am Selasa
21 Pasar Malam Taman Ria Jaya Atas Jalan (Restoran D'Sayang) 6.00 pm - 12.00 am Selasa
22 Pasar Malam Tikam Batu Atas Jalan Raya Tikam Batu 6.00 pm - 12.00 am Selasa
23 Pasar Malam Taman Desa Aman Sungai Lalang Atas Jalan Depan Bangunan Kedai 6.00 pm - 12.00 am Rabu
24 Pasar Malam Bandar Puteri Jaya Kawasan Lapang Bandar puteri Jaya 6.00 pm - 12.00 am Rabu
25 Pasar Malam Taman Semarak Kawasan Lapang 6.00 pm - 12.00 am Rabu
26 Pasar Malam Kota Kuala Muda Kawasan Pekan (Arked Majlis) 6.00 pm - 12.00 am Khamis
27 Pasar Malam Taman Keladi Sepanjang Tepi Jalan Utama 6.00 pm - 12.00 am Khamis
28 Pasar Malam Taman Arked Atas Jalan Raya (Laluan Kawasan Industri) 6.00 pm - 12.00 am Khamis
29 Pasar Malam Jalan Petri 08000 Sungai Petani Belakang Kedai Majlis Jalan Petri 6.00 pm - 12.00 am Khamis
30 Pasar Malam Kampung Sungai Pial Mukim Merbok Kawasan Lapang 6.00 pm - 12.00 am Jumaat
31 Pasar Malam Taman Gurun Jaya Atas Jalan Depan Kedai Gurun Jaya 6.00 pm - 12.00 am Jumaat
32 Pasar Malam BT. 10 Jeniang Tepi Jalan Utama 7.30 am - 1.00 pm Jumaat
33 Pasar Malam Taman Sri Tanjung Kawasan Pasar Taman Sri Tanjung 6.00 pm - 12.00 am Jumaat
34 Pasar Malam Taman Kempas Atas Jalan Utama Ke Taman Kempas 6.00 pm - 12.00 am Jumaat
35 Pasar Malam Taman Ria Jaya Atas Jalan (Restoran D'Sayang) 6.00 pm - 12.00 am Sabtu
36 Pasar Malam Taman Desa Atas Jalan Depan Bangunan Kedai 6.00 pm - 12.00 am Sabtu

Tuesday, 13 March 2018

PEMANIS STEVIA LEBIH SIHAT

APA KEUNIKAN , KELEBIHAN DAN KEGUNAAN GULA STEVIA?

 SUMBER-STEVIAMALAYSIA

Kenapa sekarang ini, ramai orang bertukar kepada pemanis semulajadi Stevia? Sebabnya, banyak kelebihan, manfaat dan kegunaan gula Stevia ini. Keunikan gula Stevia itu sendiri membuatkan ia jauh lebih baik berbanding gula pasir yang diperbuat daripada tebu.
Konsep gula Stevia ini adalah lebih manis, lebih sihat. Kalau sebelum ini, kita selalu mengatakan Pahit itu Ubat dan Manis itu Penyakit. Tetapi dengan pemanis Stevia, Manis itu adalah Menyihatkan. Kenapa? Apa kelebihan Stevia?
1. Stevia adalah pemanis semulajadi yang tidak mengandungi kalori dan ekstraknya dikatakan 300 – 450 kali lebih manis dari gula biasa.
  • Bahan aktif yang bertanggungjawab ke atas rasa manis pada daun stevia dikenali sebagai “Steviol Glycosides” yang mengandungi Stevioside dan Rebaudioside.
  • Bahan aktif ini stabil pada suhu tinggi sehingga 200 degree C, nilai pH yang stabil dan tidak merangsang tindak balas glycamic (penghasilan gula) dalam badan.
  • Sangat sesuai untuk mereka yang ada kencing manis , obesiti atau ingin menghadkan pengambilan karbohidrat
2. Non-fermentative iaitu bahan aktif yang stabil dan tidak akan basi
3. Non-toxic, Non-mutagenic, Non-teratogenic, Non-carcinogenic (tiada kesan bahaya)- terbukti secara kajian saintifik, ia selamat digunakan pada peringkat usia.
Stevia mempunyai fungsi terapeutik perubatan
4. Anti-hyperglycaemic – boleh menurunkan dan mengimbangi paras gula dalam darah. Sesuai untuk pesakit kencing manis dan hypoglycaemia.
5. Anti-hypertensive – boleh menurunkan tekanan darah
6. Anti-inflammatory – mengurangkan kesan radang
7. Anti-tumor- kesan anti-oksidan boleh.mengurangkan risiko kanser
8. Anti-diarrheal – merawat cirit-birit
9. Diuretic – Mengawal kandungan air dalam badan
10. Immunomodulatary effect – meningkatkan sistem imun kepada kuman

Saturday, 10 March 2018

RUMPUT KARPET UTARA KEDAH PENANG PERLIS


SENARAI SERVIS RUMPUT KARPET UTARA


1-RUMPUT KARPET ADIB 017-4222485
CHEROK TO'KUN
14000 BUKIT MERTAJAM


2- TUKANGKEBUNKULIM.COM
 HTTPS://WWW.INTERIOLA.COM
 011-2188 8274


3-BECOMENTERPRISE.COM
3078 CHEROK TOK KUN, BUKIT MERTAJAM (277.54 KM)
14000 PENANG, MALAYSIA
014-257 5254


4-"NIMMIE GARDEN"
010-3898087
PENANG - KEPALA BATAS
 
 
5-MEMBEKAL & MEMASANG KARPET
MASJID SURAU

UTARA & SELURUH MALAYSIA
whatsapp/call 01 11 12 13 915 (Encik Hafiz)

Friday, 9 March 2018

Pemanis Stevia

Khasiat.co.id – steviamalaysia sumber


Daun stevia adalah daun cantik yang penampakannya mirip dengan daun mint namun bagian pinggir daunnya tidak setajam daun mint. Khasiat daun yang satu ini sangatlah banyak untuk kesehatan tubuh Anda. Pengetahuan ilmiah menyebutkan jika daun ini masih satu kerabat dengan tanaman bunga matahari. Anda mungkin tidak akan dengan mudah menemukan daun ini karena daun stevia lebih banyak dibudidayakan di kawasan Amerika bagian tengah.
Berbeda dengan jenis daun lainnya, daun stevia memiliki rasa yang manis. Itulah mengapa jika daun ini sering dijadikan sebagai pengganti konsumsi gula biasa. Jika Anda ingin menggunakan daun ini sebagai obat yang mudah didapatkan dengan alami, Anda bisa mulai menanamnya di kebun rumah. Tanaman stevia sendiri cukup mudah untuk dikembangkan, karena cocok dengan iklim tropis yang ada di Indonesia. Anda dapat menjadikannya sebagai tanaman obat keluarga.


Agar tidak salah dalam memahami manfaat dan khasiat daun stevia, kami berikan rincian penjelasantentang beberapa kegunaan daun ini untuk kesehatan Anda. Berikut ini informasinya.

1. Mencegah diabetes

Khasiat daun stevia yang pertama dan paling diandalkan adalah mencegah diabetes. Daun ini dapat Anda gunakan sebagai bahan alami gula yang tidak akan menambah tingkat gula di dalam darah Anda sehingga diabetes dapat dicegah.

2. Anti kanker

Khasiat daun stevia yang cukup penting yaitu menjaga tubuh Anda dari serangan kanker. Daun ini mengandung senyawa anti kanker yang alami dan dapat melindungi sel tubuh Anda dari kerusakan yang mengganggu.

3. Menangkal efek radikal bebas

Khasiat daun stevia untuk tubuh dapat membantu dalam menangkal efek radikal bebas. Senyawa alami yang dikandung oleh daun ini ampuh untuk mengatasi efek negative yang diakibatkan oleh paparan radikal bebas ke tubuh Anda.

Thursday, 8 March 2018

KEDAH DARUL AMAN NEGERIKU




Gambar 1 : Bendera Negeri Kedah Darul Aman.



Bendera negeri kedah memaparkan bulan sabit berwarna hijau di bawah perisai kuning dan dilingkungi oleh jambagan padi berwarna kuning di atad latar belakang merah. Merah adalah warna tradisional negeri sebagai pelindung kemewahan sementara. Manakala bulan sabit adalah simbol bagi agama islam. Perisai melambangkan Sultan negeri sebagai pelindung dan penjaga rakyatnya.




Gambar 2 : Lambang Negeri Kedah Darul Aman.
SEJARAH NEGERI KEDAH.
Ramai sejarawan yang menggangap Kedah sebagai negeri yang tertua sekali di Tanah Melayu. Pendapat dan pandangan ini berdasarkan penemuan arkeologi yang terdapat di kawasan-kawasan yang terdapat di Negeri Kedah. Penemuan ini membuktikan adanya penempatan-penempatan secara teratur semenjak kurun ke-4 lagi. Daripada penemuan-penemuan arkeologi ini, pernah dijumpai bukti yang menunjukkan bahawa kawasan Utara Semenanjung telah didiami manusia purba semenjak zaman "Pleistosen" lagi. Di antara alat-alat yang dijumpai termasuklah bahan bercucuk tanam. Daripada kajian yang dibuat didapati bahawa penduduk-penduduk kawasan tersebut pada ketika itu terdiri daripada golongan orang-orang Melayu-Proto. Mereka hidup dengan menjalankan kerja-kerja bertani di kawasan pendalaman rendah terutamanya di tepi-tepi sungai. Penduduk awal mula menunjukkan kemajuan apabila mereka menggunakan alat-alat yang dibuat daripada logam.


ASAL USUL NAMA KEDAH.

Bagi sejarah Kedah terdapat 2 lagi bahan rujukan yang terkenal iaitu Hikayat Merong Mahawangsa yang ditulis selepas tahun 1643 dan Al-Tarikh Salasilah Negeri Kedah dalam tahun 1927. Maklumat mengenai sejarah awal kedah boleh diperoleh daripada unsur-unsur Arab, Parsi, Sanskrit dan China.

Unsur-unsur Arab dan Parsi banyak memperkatakan mengenai Kedah yang disebut sebagai "Kilah" (Ibnu Khurdadhbih, 846) atau "Kalah" (Ibnu Muhalhal, 941) atau "Qalha". "Qalha " ini dikatakan mempunyai 4 buah daerah iaitu Kuala Qilah (dikenali sebagai Kuala Sungai Merbok sekarang), Kuala Bahang (Kuala Kedah), Kuala Merpah di Pualu Panjang dekat Setoi dan Kuala Bara (sebuah Kuala Sungai di kawasan Setoi). Terdapat juga rujukan mengenai Kedah dalam tulisan Sanskrit yang menyebut Kedah Sebagai "Kataha atau "Kadara". Manakala dalam tulisan Tamil pula Kedah Disebut sebagai "Kadaram" atau "Kalagam". "Kadaranm" bermakna kuali besar dan "Kalagam" pula bermaksud warna hitam.

Menurut Wilkinson, nama kedah berasal dari perkataan Arab iaitu "Keddha" yang bermaksud perangkap gajah. Ada pula yang berpendapat bahawa nama Kedah berasal dari perkataan Arab iaitu "Kedah" yang membawa maksud gelas berkaki hal ini kerana suatu ketika dahulu terdapat ramai perdagang Arab yang menjual gelas berkaki disana sini. Mereka sering meneriakkan perkataan "Kedah" untuk menarik perhatian para perdagang-perdagang China dan Kronikel pelayaran mereka.

Dari unsur China pula iaitu ketika Dinasti Liang (502M-665M), Kedah disebut sebagai "Langgasu" atau "Langa" (Langkasuka). Dari penulisan I-Ching (kurun ke-7) Kedah kerap kali disebut sebagai "Chiah-Chin", "Kie-Ta'a" atau "Kieteha". Penulis san sejarawan Winstedt menganggap Langkasuka, yang disebut juga dalam Hikayat Merong Mahawangsa sebagai nama Kedah dalam bentuk penulisan sastera. Daripada Kronikel China zaman Dinasti Tang (618M-916M) Kedah disebut sebagai "Kora" atau "Kola".

Penulisan The Study of Ancient The Malay Peninsula dan Straids Malacca. Ronland Braddell menyatakan Kedah pernah disebut sebagai "Gedda". Nama itu dikaitkan dengan perkataan Hindustan iaitu "Khadar" yang bermaksud tanah yang sesuai untuk tanaman padi. "Kidara" dalam bahasa Sanskrit juga mempunyai maksud yang sama. Akhir sekali, Kedah juga dikenali sebagai "Kala" dalam bahasa Parsi yang bermaksud kota.
 
 MEMBEKAL & MEMASANG KARPET
MASJID SURAU

UTARA & SELURUH MALAYSIA
whatsapp/call 01 11 12 13 915 (Encik Hafiz)
 

Wednesday, 7 March 2018

SUNGAI PETANI BANDAR NASI ARAB?

 SEMUA NASI ARAB SEDAP2 KAT SP NIE MELELEH AYAQ LIUQ RASA NK MKN


AL- HAURA ARABIC KOPITIAM bandar laguna

HAYYAN GARDEN CAFE bandar laguna

AL ARABY MATHA'AM NASI ARAB bandar laguna

NASI ARAB MENDY bandar laguna

RESTAURANT ARABIAN MENDY lot88

NASI ARAB AL-AZZIM lagenda heights

D'SEJATI ARABIAN NASI ARAB taman sejati



Saturday, 3 March 2018

MENJAGA ANAK KUCING 1 HINGGA 3 BULAN

 sumber ; http://jmaster.info


Jika anda punya anak kucing yang baru lahir, mungkin anda akan menghadapi beberapa kesulitan.
Memang benar, dalam cara merawat anak kucing umur 1,2,3 bulan mempunyai kekangan tersendiri.
Untuk merawat anak kucing, harus diberikan perhatian yang khusus, apalagi jika dalam perawatanya tanpa induk.
Ada cara cara-cara khusus dalam merawat anak kucing ini. Tetapi jika anda merawat anak kucing ini dengan baik, maka perkembanganya akan tumbuh dengan sihat.
.
MENJAGA ANAK KUCING 1 HINGGA 3 BULAN
.
CARA MERAWAT ANAK KUCING (KITTEN)
Buat anda yang masih baru, jangan bingung dalam hal perawatannya.
bagi anda yang mempunyai anak kucing baru lahir harus lebih banyak perhatian.
.
1) Menjaga kesihatan induk kucing
.
Kalau anda mempunyai induk, kamu harus selalu menjaga kesihatan Induknya terlebih dahulu.
Kenapa? Kerana anak kucing umur 3 bulan ke bawah masih menyusu
jika si Induk kucing terkena penyakit, ada kemungkinan besar anaknya juga terkena.
Berikan makanan untuk anak kucing dan ibunya yang bagus serta jaga persekitaran tempat tinggal si kucing agar tetap sihat.
2) Makanan tambahan untuk anak kucing
.
MENJAGA ANAK KUCING 1 HINGGA 3 BULA
.
Susu – Untuk anak kucing umur 1-3 bulan memang masih menyusui kepada ibunya.
Tetapi jika anda ingin memberikan susu untuk anak kucing tentu tidak masalah, yang perlu diperhatikan anda tidak boleh memberikan susu lembu kerana boleh cirit-birit
Cuba berikan susu formula khas untuk anak kucing agar tidak ada perkara yang tidak diingini berlaku .

Air – Jangan lupa untuk menyediakan air yang bersih serta tempatnya juga harus steril agar anak kucing mudah meminumnya.
Buat penempatan air minum yang sedikit rendah agar mudah dicapai si kucing.
Untuk anak kucing yang suka cerewet bermain air, menarik-narik tempat air minum anda boleh memilih tempat air minum yang berat dan tinggi bahagian hujungnya atau boleh juga mengisi airnya jangan terlalu penuh.
Makanan – makanan anak kucing yang masih anakan atau kitten ada pilihan khusus.
Anda perlu lebih memberi perhatian kepada produk makanan yang anda beli, terutama bahagian kategori pastikan kamu memilihnya yang kitten (anak kucing) jangan yang adult (Kucing Dewasa).
.
3) Memberikan tempat tinggal yang baik
.
MENJAGA ANAK KUCING 1 HINGGA 3 BULA
.
Ini dia yang harus diperhatikan oleh pemilik kucing iaitu tempat tinggal, untuk tempat tinggal kucing haruslah yang selesa dan bersih.
Anda tidak boleh menganggap remeh kerana boleh saja anak kucing terkena penyakit.
Untuk tempat tinggal kucing harus hangat kerana memang tubuh kitten masih kecil serta bulunya belum lebat.
Anda boleh memberikan lampu atau boleh juga kain yang sudah tidak dipakai dan yang pastinya bersih. Agar suhunya tetap hangat.
Tempat tinggal anak kucing persia yang berumur 3 bulan haruslah yang berukuran cukup luas kerana pada usianya masih sangat lincah serta sentiasa ingin bermain-main.
Pastikan tempatnya tidak lembab ya!
.
4) Berikan vaksin dan ubat
.
MENJAGA ANAK KUCING 1 HINGGA 3 BULA
Point penting dalam cara memelihara anak kucing iaitu anda tidak boleh lupa memberikan ubat seperti ubat cacing ataupun vaksin yang berguna untuk meningkatkan sistem kekebalan tubuh kucing.
Kalau anda bertanya bagaimana cara memberi vaksin kepada kucing,  dicadangkan untuk pergi ke doktor haiwan saja agar sesuai aturan serta kucing tidak terancam kesihatannya.
Anda juga harus memandikanya agar bersih.
.
5) Bekas Poop
Ciri-ciri tambahan untuk membuat kucing kecil selesa, cubalah berikan Litter Tray / Box untuk tempat poop anak kucing.
Jangan gunakan pasir dari kebun ya, gunakanlah pasir khas khusus kucing yang dijual di PetShop terdekat.
Untuk alas pasirnya, boleh pakai surat khabar untuk memudahkan dalam pembersihan
6) Lebihkan perhatian
Ini yang kadang-kadang kita sering lupa iaitu kasih sayang.
Anda harus memberikan kasih sayang seperti sentuhan lembut kepada anak kucing supaya selesa serta mengenalimu,
berikan juga mainan seperti bandul (mainan khas kucing) agar binatang peliharaan anda gembira.

Saturday, 3 February 2018

KHAS PENDUDUK SUNGAI PETANI-Tips Apabila Masuk Rumah Baru, Periksa Dahulu Selepas Terima Kunci

Memiliki rumah sendiri adalah impian setiap insan, apatah lagi rumah berkenaan dibeli menggunakan duit penat lelah sendiri bekerja.

Tetapi tidak semua mereka membeli rumah menerima nasib yang baik, ada pernah dilaporkan rumah yang dibeli dibina dalam keadaan tidak memuaskan seperti sistem perparitan, cat rumah, dinding rumah retak dan pelbagai lagi.

Kita sebagai pembeli haruslah bijak sebelum ianya menimpa kita, dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook bernama  Shamier Mohaimin, tips apabila anda memasuki rumah baru, apa yang perlu anda lihat, pastikan dan lalukan jika terdapat kerosakan atau binaan yang tidak memuaskan yang dilakukan pemaju.

Jom kita baca.

Perkara pertama selepas dapat kunci, bukan cuci rumah dan terus masuk ya. Periksa dulu setiap kecacatan atau kerosakan yang ada di rumah seperti dinding crack, cat tanggal, plaster tanggal, tiles lompong, bocor dan lain-lain lagi.

Kebiasaannya pihak pemaju akan memberi tempoh selama 24 bulan atau 2 tahun untuk kita membuat inspection pada rumah dan kita boleh complaint apa sahaja kerosakan atau kekurangan yang ada baik di dalam atau di luar rumah. Semua ini adalah hak-hak kita sebagai pembeli maka periksalah sebaik-baiknya keadaan di dalam rumah. Tetapi sekiranya anda buat major renovation, maka pemaju takkan bertanggungjawab atas sebarang kecacatan rumah.

PERALATAN :

***Masking tape - Kalau ada retak atau crack terus lekatkan dan tanda.

***Marker Pen - Sebaiknya warna merah. Senang nampak tulisan, nombor dan jenis defect atas masking tape.

***Kertas A4 - Tuliskan senarai kecacatan atau defect tu dengan nombor dan lokasi sekali supaya senang nak cari.

***Kamera / Handphone berkamera - Ambil gambar kecacatan rumah

1. Azan
- Pastikan lepas dapat kunci rumah, lawatilah rumah anda.
- Masuk rumah dengan lafaz bismillah, bagi salam dan pergi tingkat atas sekali, berdiri mengadap kiblat dan azan kuat-kuat bagi satu rumah dengar.

2. Pintu
- Buka dan tutup pintu berkali kali. Periksa juga tombol pintu & kuncinya sekali.

3. Tiles Lompong
- Sila ketuk semua tiles rumah anda satu persatu.
- Tandakan tiles yang kosong dan minta wakil pemaju pecah dan tampalkan yang baru dengan elok.
- Cara nak kenal pasti tiles yang lompong adalah ketuk tiles dengan duit syiling atau pemutar skru. Kita boleh kenal pasti tiles yang lompong (kosong) dan padat.
- Ketuk pada setiap kepingan tile tu dan ketuk keliling perimeter tiles, sebab di tengah-tengah selalunya ada simen, yang tiada simen selalu di bahagian tepi tiles. Biasanya tiles dipasang di dapur dan juga bilik air.

4. Elektrik
- Untuk periksa elektrik, hidupkan suis utama dan periksa satu persatu suis lampu, kipas, soket dan sebagainya.
- Pastikan periksa setiap punca elektrik dan soket.

5. Meter Air
- Apabila meter air sudah dipasang, sila pastikan pili air di rumah anda mengalirkan air dengan dengan sempurna.
- Buka semua pili air anda serentak. Periksa saluran air, toilet bowl, sinki dan sebagainya. Pastikan tiada yang tersumbat.
- Periksa juga kepala paip dan kepala shower. Periksa sambungannya betul, tiada yang tercabut atau pun longgar.
- Buka air kat meter, biar air masuk tangki sampai penuh. Kemudian, periksa keadaan tangki simpanan untuk pastikan tangki tidak bocor.
- Apabila air dah penuh dalam tangki, pastikan bacaan pada meter air tu mesti berhenti. Jika tidak, ada paip yang bocor sebelum air sampai ke tangki.

6. Tingkap dan Sliding Door
- Buka tutup tingkap anda semaksimum mungkin. Pastikan tingkap boleh kunci sempurna.
- Pastikan juga sliding door dapat dikunci dengan rapat.

7. Tangga
- Sila goyang-goyangkan pemegang tangga rumah anda, pastikan ia kukuh. Kadang-kadang ada yang longgar dan bergoyang-goyang.

8. Bilik Air Tingkat Atas Bocor
- Pastikan bilik air tingkat atas tidak bocor. Caranya, ambil binding tape dan sealkan sepenuhnya lubang aliran air keluar.
- Penuhkan bilik air dengan air. Biarkan seminggu. Lepas seminggu, periksa ada kesan air bocor atau tidak di bahagian siling tingkat bawah rumah anda.
- Sekiranya ada, tunjuk dengan wakil pemaju dan sila minta kontraktor pemaju pecah semula lantai toilet tu dan pastikan letak sealer toilet dengan sempurna.
- Selalunya lepas letak sealer ni kena tinggalkan sehari bagi kering. Periksa sealer tu penuh atau tidak.

9. Dinding Retak
-Periksa dinding rumah anda, kalau ada retak sila maklumkan segera.

10. Kunci Semua
-Seterusnya adalah kunci rumah anda, pagar, tingkap, tingkap toilet, sliding door pintu dan segalanya yang memungkinkan akses mudah keluar masuk rumah oleh pencuri kabel letrik.
-Selepas dapat kunci rumah, pemaju takkan bertanggungjawab sekiranya ada berlaku kes kecurian kabel.

Bila dah siap betulkan defect ni, barulah boleh buat renovation rumah dengan senang hati. Sekian. - Siakapkeli.my

Friday, 26 January 2018

Nama-nama tempat pelik di kedah


Kampung Seluar Terbakar
Kampung Kepala Batu
Kampung Lana Bulu
Bukit Wang
Hutan Kampung
SMK Megat Dewa
Nami
SM Kampung Hutan Melintang
Kampung Pengkalan Putat
Kampung Nam Put
Kampung Pisang
Kampung Kedondong
Kampung Binjai
Kampung Durian Burong
Kampung Kubang Lembu,

Friday, 12 January 2018

ATTENTION TO PENDUDUK SUNGAI PETANI HAK MN ADA KAPET KT UMAH

KAPET KEKAL BERSIH UMPAMA BELI BARU MEMBANTU MENYERIKAN RUANG TAMU RUMAH AMPA.


JANGAN RUANG TAMU CANTIQ TAPI KAPET BERHABUK BUAT MALU TETAMU MAI RUMAH JA

Friday, 5 January 2018

BELAJAR LAIN KERJA LAIN BUKAN HALANGAN UNTUK BERJAYA

 --Pesanan
GRADUAN JANGAN MEMILIH KERJA!!
PENGANGGUR BUAT LAH BISNES BYK PELUANG TERHIDANG DI DUNIA ONLINE!
CERITA INI UNTUK INSPIRASI GRADUAN DAN BAKAL GRADUAN DI LUAR SANA

--->Petikan dari sinar harian edisi utara bertarikh 13 oct 2017

SUNGAI PETANI - Walaupun berpengalaman hampir lima tahun dalam bidang juru ukur hidrografi dengan gaji lumayan, seorang pemuda mencabar dirinya untuk melibatkan diri dalam dunia perniagaan.

Muhammad Hafiz Ismail,menceburi perniagaan mencuci karpet dari rumah ke rumah menggunakan mesin mencuci dengan pengering karpet yang pertama di kawasan utara di kawasan Sungai Petani, selama hampir dua tahun.

Bekas graduan  Fakulti Senibina, Perancangan dan Ukur UiTM Shah Alam itu berkata selepas tamat pengajian pada 2009, dia mula kerjaya sebagai juru ukur di sebuah syarikat swasta di Kuala Lumpur dengan pendapatan bulanan mencecahkan RM7,000.

"Selepas itu, saya mendapat peluang bekerja sebagai juru ukur hidrografi dikenali sebagai 'Offshore Surveyor' selama dua tahun di sebuah kapal pembinaan di Abu Dhabi dengan gaji RM13,000, sebulan. Disebabkan, faktor kekangan masa bersama keluarga atau kebebasan di daratan agak terhad.
"Saya ambil keputusan untuk berhenti kerja dan mula memikirkan untuk menceburi dalam bidang perniagaan. Pada awalnya, saya tiada idea untuk memulakan perniagaan apa.
“Selepas mendapatkan khidmat rundingan seorang motivator terkenal, saya memberanikan diri untuk menceburi dalam bidang mencuci permaidani," katanya ketika ditemui Sinar Harian, di sini.



Muhammad Hafiz berkata, daripada idea itu, dia mencari maklumat mengenai perniagaan dengan daripada internet dan dapat mengetahui mengenai alat pengering karpet yang digunakan di negara-negara luar seperti Turki dan Indonesia.

"Mesin mencuci sudah biasa digunakan di kedai cuci kereta untuk mencuci karpet atau mereka yang menawarkan perniagaan mencuci karpet.

"Kelainan perkhidmatan yang ditawarkan di kedai saya, mesin 'carpet spinner' yang digunakan untuk mengeringkan permaidani yang dicuci dengan sepantas lima ke 10 minit.

“Dengan kemudahan ini, dalam sama, satu hari saya dapat membasuhkan hampir 50 permaidani, sehari," katanya.

Walaupun, usia perniagaan baru setahun jagung, pemuda itu berkata, perkhidmatan cuci karpet yang lebih mesra pelanggan 'ekspress delivery' dari pintu-pintu secara percuma di kawasan sekitar Sungai Petani mendapat sambutan yang baik dari pelanggan.

"Karpet biasanya berat dan memerlukan ruang yang luas untuk membasuh dan mengeringkannya, jadi kadang-kadang hasrat untuk mencuci sendiri atau membawanya ke dobi dan pusat cucian sering tertangguh.

"Sekarang, pelanggan cuma perlu hubungi saya walaupun untuk mencuci satu keping karpet. Saya datang untuk ambil karpet dan hantar kembali karpet ke pintu rumah itu telah membantu meringankan masalahnya untuk mencuci karpet pada kadar segera iaitu kurang daripada tujuh hari," katanya.

Muhammad Hafiz yang mempunyai kedai di Bandar Laguna Merbok, di sini, berkata selain karpet di rumah, pihaknya juga menawarkan perkhidmatan mencuci semua jenis karpet di pejabat, hotel, masjid, surau dan dewan dengan cara cucian yang betul dengan staff pengalaman.

"Bukan sekadar mencuci, untuk mutu perkhidmatan terbaik, ada kalanya kami turut membaiki karpet yang rosak seperti gam semula dan menjahit dan sebagainya.

"Setakat ini, saya sudah mencuci ribuaan karpet dalam tempoh setahun. Walaupun, pada awal saya terpaksa merempuh pelbagai rintangan tetapi tidak putus asa meneruskan perniagaan yang baru diceburi sehingga mendapatkan sambutan amat menggalakkan terutama dari penduduk setempat," katanya.

Dia yang kini mempunyai tiga pekerja, dapat menjana pendapatan bulanan lebih RM10,000 dan berhasrat untuk membuka sebuah kilang mencuci karpet di kawasan utara meliputi tiga negeri iaitu Kedah, Pulau Pinang dan Perlis  dalam tempoh  masa tiga tahun akan datang.

"Pada masa itu, saya sasarkan untuk mencuci 1,000 keping karpet setiap hari dan mahu bergelar sebagai seorang usahawan muda dan  menjadi jutawan dengan membuktikan risiko yang diambil dengan menukar bidang berlainan tidak menjadi penghalang untuk berjaya dalam hidup," katanya.