Friday, 12 July 2019

RIBUT DI BANDAR LAGUNA MERBOK,SEORANG WANITA PATAH TANGAN 12 JULY 2019














SUNGAI PETANI: Dua peniaga cedera ditimpa pokok tumbang dalam kejadian ribut kawasan Laguna Merbok di sini, petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang itu, wanita berusia 39 tahun patah tangan kanan, manakala lelaki berusia 47 tahun cedera di bahagian dada.

Kejadian turut menyebabkan kira-kira 25 gerai di kawasan berkenaan musnah akibat ribut dan ditimpa pokok tumbang.

Seorang peniaga, Fatimah Salleh, 48, berkata sebelum kejadian dia melihat pusaran angin menghampiri deretan kedai berkenaan.

“Saya minta suami pegang khemah gerai kerana bimbang diterbangkan angin sambil suami melaungkan Azan.

“Namun, tidak sampai lima minit, pusaran angin kedua yang lebih deras menghentam khemah peniaga di sini, menyebabkan beberapa pokok tumbang mengenai khemah dan selebihnya diterbangkan angin,” katanya ketika ditemui di tapak gerainya.

Fatimah berkata, kebanyakan peniaga tidak sempat menyelamatkan diri sehingga ada antara terperangkap di dalam khemah yang dihempap pokok tumbang.

Sementara itu, Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Petani, Mohd Zaki Senik, berkata lima anggota dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik pihaknya menerima panggilan kes pokok tumbang pada jam 3.42 petang.

“Anggota yang tiba mendapati beberapa gerai rosak ditimpa pokok dan difahamkan terdapat dua mangsa cedera yang dimaklumkan sudah dibawa ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) untuk menerima rawatan,” katanya.

Beliau berkata, kerja memotong pokok dilakukan dengan kerjasama Unit Kecemasan Majlis Perbandaran Sungai Petani (MPSPK) bagi membolehkan peniaga mengambil barangan mereka.

 sumber :-BHARIAN

Tuesday, 19 February 2019

CUCI KARPET MASJID

CUCI KARPET MASJID TERBAIK

servis:-
cuci karpet pejabat
cuci karpet masjid
cuci karpet surau
cuci karpet dewan
cuci karpet hotel

MEMBEKAL & MEMASANG KARPET
MASJID SURAU

UTARA & SELURUH MALAYSIA
whatsapp/call 01 11 12 13 915 (Encik Hafiz)

ALAMAT KEDAI----

10 LRG BLM 1/11 BANDAR LAGUNA MERBOK
SUNGAI PETANI KEDAH
landmark :- belakang nasi kandar albukhari