Friday, 26 January 2018

Nama-nama tempat pelik di kedah


Kampung Seluar Terbakar
Kampung Kepala Batu
Kampung Lana Bulu
Bukit Wang
Hutan Kampung
SMK Megat Dewa
Nami
SM Kampung Hutan Melintang
Kampung Pengkalan Putat
Kampung Nam Put
Kampung Pisang
Kampung Kedondong
Kampung Binjai
Kampung Durian Burong
Kampung Kubang Lembu,

Friday, 12 January 2018

ATTENTION TO PENDUDUK SUNGAI PETANI HAK MN ADA KAPET KT UMAH

KAPET KEKAL BERSIH UMPAMA BELI BARU MEMBANTU MENYERIKAN RUANG TAMU RUMAH AMPA.


JANGAN RUANG TAMU CANTIQ TAPI KAPET BERHABUK BUAT MALU TETAMU MAI RUMAH JA

Friday, 5 January 2018

BELAJAR LAIN KERJA LAIN BUKAN HALANGAN UNTUK BERJAYA

 --Pesanan
GRADUAN JANGAN MEMILIH KERJA!!
PENGANGGUR BUAT LAH BISNES BYK PELUANG TERHIDANG DI DUNIA ONLINE!
CERITA INI UNTUK INSPIRASI GRADUAN DAN BAKAL GRADUAN DI LUAR SANA

--->Petikan dari sinar harian edisi utara bertarikh 13 oct 2017

SUNGAI PETANI - Walaupun berpengalaman hampir lima tahun dalam bidang juru ukur hidrografi dengan gaji lumayan, seorang pemuda mencabar dirinya untuk melibatkan diri dalam dunia perniagaan.

Muhammad Hafiz Ismail,menceburi perniagaan mencuci karpet dari rumah ke rumah menggunakan mesin mencuci dengan pengering karpet yang pertama di kawasan utara di kawasan Sungai Petani, selama hampir dua tahun.

Bekas graduan  Fakulti Senibina, Perancangan dan Ukur UiTM Shah Alam itu berkata selepas tamat pengajian pada 2009, dia mula kerjaya sebagai juru ukur di sebuah syarikat swasta di Kuala Lumpur dengan pendapatan bulanan mencecahkan RM7,000.

"Selepas itu, saya mendapat peluang bekerja sebagai juru ukur hidrografi dikenali sebagai 'Offshore Surveyor' selama dua tahun di sebuah kapal pembinaan di Abu Dhabi dengan gaji RM13,000, sebulan. Disebabkan, faktor kekangan masa bersama keluarga atau kebebasan di daratan agak terhad.
"Saya ambil keputusan untuk berhenti kerja dan mula memikirkan untuk menceburi dalam bidang perniagaan. Pada awalnya, saya tiada idea untuk memulakan perniagaan apa.
“Selepas mendapatkan khidmat rundingan seorang motivator terkenal, saya memberanikan diri untuk menceburi dalam bidang mencuci permaidani," katanya ketika ditemui Sinar Harian, di sini.



Muhammad Hafiz berkata, daripada idea itu, dia mencari maklumat mengenai perniagaan dengan daripada internet dan dapat mengetahui mengenai alat pengering karpet yang digunakan di negara-negara luar seperti Turki dan Indonesia.

"Mesin mencuci sudah biasa digunakan di kedai cuci kereta untuk mencuci karpet atau mereka yang menawarkan perniagaan mencuci karpet.

"Kelainan perkhidmatan yang ditawarkan di kedai saya, mesin 'carpet spinner' yang digunakan untuk mengeringkan permaidani yang dicuci dengan sepantas lima ke 10 minit.

“Dengan kemudahan ini, dalam sama, satu hari saya dapat membasuhkan hampir 50 permaidani, sehari," katanya.

Walaupun, usia perniagaan baru setahun jagung, pemuda itu berkata, perkhidmatan cuci karpet yang lebih mesra pelanggan 'ekspress delivery' dari pintu-pintu secara percuma di kawasan sekitar Sungai Petani mendapat sambutan yang baik dari pelanggan.

"Karpet biasanya berat dan memerlukan ruang yang luas untuk membasuh dan mengeringkannya, jadi kadang-kadang hasrat untuk mencuci sendiri atau membawanya ke dobi dan pusat cucian sering tertangguh.

"Sekarang, pelanggan cuma perlu hubungi saya walaupun untuk mencuci satu keping karpet. Saya datang untuk ambil karpet dan hantar kembali karpet ke pintu rumah itu telah membantu meringankan masalahnya untuk mencuci karpet pada kadar segera iaitu kurang daripada tujuh hari," katanya.

Muhammad Hafiz yang mempunyai kedai di Bandar Laguna Merbok, di sini, berkata selain karpet di rumah, pihaknya juga menawarkan perkhidmatan mencuci semua jenis karpet di pejabat, hotel, masjid, surau dan dewan dengan cara cucian yang betul dengan staff pengalaman.

"Bukan sekadar mencuci, untuk mutu perkhidmatan terbaik, ada kalanya kami turut membaiki karpet yang rosak seperti gam semula dan menjahit dan sebagainya.

"Setakat ini, saya sudah mencuci ribuaan karpet dalam tempoh setahun. Walaupun, pada awal saya terpaksa merempuh pelbagai rintangan tetapi tidak putus asa meneruskan perniagaan yang baru diceburi sehingga mendapatkan sambutan amat menggalakkan terutama dari penduduk setempat," katanya.

Dia yang kini mempunyai tiga pekerja, dapat menjana pendapatan bulanan lebih RM10,000 dan berhasrat untuk membuka sebuah kilang mencuci karpet di kawasan utara meliputi tiga negeri iaitu Kedah, Pulau Pinang dan Perlis  dalam tempoh  masa tiga tahun akan datang.

"Pada masa itu, saya sasarkan untuk mencuci 1,000 keping karpet setiap hari dan mahu bergelar sebagai seorang usahawan muda dan  menjadi jutawan dengan membuktikan risiko yang diambil dengan menukar bidang berlainan tidak menjadi penghalang untuk berjaya dalam hidup," katanya.